Ulat Bungkus Ancaman Baharu Industri Sawit
Selama hampir 10 Tahun Baja Nadi di pasaran Malaysia, pelbagai Felda sudah kami terokai.
Kami menemui salah satu SERANGAN TERBARU yang melanda industri Sawit di seluruh Malaysia sejak akhir ini.
Di Malaysia, terdapat dua(2) jenis spesis Ulat Bungkus yang sangat popular menyerang tanaman sawit di negeri Semenanjung iaitu Pteroma pendula dan Metisa plana. Larva kedua spesis ini sangat kecil TETAPI boleh memberikan KEROSAKAN SERIUS pada daun sawit.
Contoh Ulat Bungkus Pteroma pendula |
Pteroma pendula mempunyai kitaran hidup hampir 40 hari, namun begitu, usaha penyelidik untuk mengetahui kitaran hidup Pteroma pendula dengan tepat masih belum berjaya. Ulat bungkus Pteroma pendula betina boleh menghasilkan purata 65 biji telur. Dari segi fizikal, Pteroma pendula mempunyai bungkus yang lebih licin, berbentuk curut,tergantung dan terbuai.
Contoh Ulat Bungkus Metisa plana |
Metisa plana merupakan salah satu spesis yang sangat agresif kerana mempunyai kemampuan bertelur 100-300 biji bagi setiap ulat bungkus Metisa plana betina dewasa. Jangka hayat Metisa plana lebih panjang berbanding Pteroma pendula iaitu sekitar tiga bulan. Ulat bungkus Metisa plana mempunyai keunikan tersendiri kerana mempunya saiz fizikal yang sedikit panjang iaitu 15 mm.
Kesimpulannya, kedua-dua spesis ini akan membentuk lubang pada daun dan menjejaskan hasil sawit. Kemerosotan hasil sawit sebanyak 40% telah direkodkan selepas terkena serangan ulat bungkus. Ulat Bungkus Jantan akan bertukar menjadi kupu-kupu manakala Ulat Bungkus Betina akan kekal di dalam Kepompong untuk menunggu proses mengawan.
JOM LIKE https://web.facebook.com/OfficialAftasarEnterprise/ untuk dapatkan lebih INFO mengenai BAJA NADI dan PROMOSI MENARIK!.
JOM LIKE https://web.facebook.com/OfficialAftasarEnterprise/ untuk dapatkan lebih INFO mengenai BAJA NADI dan PROMOSI MENARIK!.
Comments
Post a Comment